~Hari Ini Dalam Catatan Blog Terlampau?~

The Best Search Of Blog About Humour (Daily Update) / Blog Carian Terbaik Mengenai Humor (Dikemaskini Setiap Hari)- www.imoimora.blogspot.com

Saturday, December 30, 2006

Pandainya

Seorang guru bahasa inggeris sedang menyoal Abu.

Guru: If the young of a pig called piglet, what is the
young of a bull called?

Abu: A bullet!

Labels:

Friday, December 29, 2006

Baik Punya Parking


Labels:

Thursday, December 28, 2006

Fakta- Fakti

FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang

Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.

FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu

Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Polis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

FAKTA 3: Keris Taming Sari

Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York

Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

FAKTA 5: Taliban

TalibanTaliban Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

Labels:

Wednesday, December 27, 2006

Cuba Dulu Baru Beli

Labels:

Tuesday, December 26, 2006

Orang Gila-Gila

Ada dua pesakit yang dirawat di rumah sakit jiwa sedang menyusun rancangan untuk melarikan diri. Mereka merancang untuk menggunakan tangga yang akan diletakkan di pintu pagar rumah sakit jiwa tersebut. Rancangan itu telah disusun dengan teliti sekali. Sebelum melarikan diri, diutuslah orang gila pertama untuk melihat situasi di depan. Kemudian dia melaporkan pada orang gila kedua.

Gila 1 : "Aduh, habis rancangan kita pasti gagal"
Gila 2 : "Kenapa? Apakah pintu keluar dijaga ketat ?"

Gila 1 : "Tidak, sama sekali tidak ada penjaga pun"
Gila 2 : "Jadi apa masalahnya?'

Gila 1 : "Masalahnya pintu tak ada. Dimana kita akan
meletakkan tangganya ?"

Labels:

Monday, December 25, 2006

Kaki Botol


Labels:

Sunday, December 24, 2006

Anak Sape La tu

Seorang anak kecil berlari masuk ke ruang tamu pada
ketika mama dan papanya sedang menjamu rakan-rakannya.

"Mama!!" teriaknya, "Saya ingin kencing."
Si mama membawa si anak ke bilik mandi dan berkata,

"Boboy, lain kali kalau kamu hendak ke bilik air utk
kencing maka katakanlah,
'Mama, saya mahu berbisik.' Itu lebih sopan,faham?"

"Baik mama.." kata si anak.

Beberapa malam kemudian, si anak terbangun dan berasa hendak kencing. Dia masuk ke kamar papa dan mamanya lalu mendekati mamanya yang sedang tertidur lelap.

"Mama, saya mahu berbisik," katanya sambil menggoncang-goncang tubuh mamanya.
Dengan malas dan mengantuk, mamanya yang masih setengah tidur berkata ,

"Aduh Boboy.., kamu selalu mengganggu mama. Kalau mahu
berbisik, pergilah berbisik di telinga Papa di sana.."

Labels:

Saturday, December 23, 2006

Kentut Berapi

Labels:

Friday, December 22, 2006

Baiknya Hati

Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

" Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang manja.

" Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.

" Baguslah , " kata janda itu pula.

" Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara.."

Labels:

Thursday, December 21, 2006

Welcome To Kelantan


Labels:

Wednesday, December 20, 2006

Sayang

Kamal diundang kawannya makan malam.
Mizal, si tuan
rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang...
Manis... Cintaku... Sayangku...
Kasihku... dan seumpamanya.


Kamal memandang Mizal dan
berkata,"Romantis sekali, setelah berpuluh tahun
menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata
itu."


Mizal mengangkat bahu dan berbisik,"Sebenarnya,
aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

Labels:

Tuesday, December 19, 2006

Sekufu


Labels:

Monday, December 18, 2006

Tangguh Lagi

Alex mengeluh kepada Robet kerana dia tidak dapat menghilangkan kebiasaan buruknya iaitu suka menangguh sesuatu pekerjaan.

Robet memberikan sebuah solusi dengan menunjukkan buku yang berjudul "BAGAIMANA SUPAYA ANDA TIDAK MENUNDA LAGI".

Alex mengambil buku itu lalu berkata "Baiklah, akan kubaca buku ini di lain masa."

Labels:

Sunday, December 17, 2006

Pendera Haiwan


Labels:

Saturday, December 16, 2006

Jangan Terlalu Yakin

Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu."

"Jangan terlalu yakin," kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya.
"Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!"

Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?"

Labels:

Friday, December 15, 2006

Bola Jiwa Son Goku


Labels:

Thursday, December 14, 2006

Anjing

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang.

Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang mencukupi. Maka anjing A pun berlatih berhabis-habisan tetapi sebaliknya anjing B bersantai sahaja.

Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A, sempat lepak makan-makan lagi.

Anjing A yang tidak berpuas hati bertanya kepada anjing B
"Eh.. camner kau yang tak berlatih nie lebih cepat sampai dari aku?"

Kata anjing B dengan berhemah
"Rileks la, aku ni kan anjing laut."

Labels:

Wednesday, December 13, 2006

Cicak Man Tanpa Kustom

*Klik pada gambar untuk proses fotosintesis.

Labels:

Tuesday, December 12, 2006

S.O.S

Pesawat Garuda Air Lines sedang mengalami gangguan enjin di
udara.

"May day, may day, may day...!!," terdengar
juruterbang memancarkan S.O.S melalui radio.

"Pesanan anda didengari jelas, harap beritahu kami tinggi dan posisi anda dengan segera!!," kata petugas dek menara
pengawas dalam keadaan cemas.

"Ya, baik," jawab juruterbang itu. Saya tinggi 1.8 cm
dan saya duduk di kerusi yang paling depan!"

Labels:

Monday, December 11, 2006

Ohh.. Tidak


Apakah pandangan anda setelah melihat 'diri' Superman yang sebenar?

Labels:

Sunday, December 10, 2006

Professor

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor “Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa.”

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal. Setelah professor menghabiskan kuliahnya professor berkata,

“Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya.”

“Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan” balas orang itu.

Labels:

Saturday, December 09, 2006

Dah Siap


Labels:

Friday, December 08, 2006

Aman

Ada sorang guru wanita yang mengajar bahasa Inggeris untuk tahun satu. Beliau telah memberi satu kerja rumah kepada anak muridnya mencari tiga perkataan dalam bahasaInggeris dan kemudian mengemukakan pada hari isnin minggu depan.

Seorang anak murid cikgu itu, Aman pun pulang ke rumah. Dalam perjalanan balik, dia ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit antara satu sama lain.

Dia terdengar lelaki itu menyergah "Shut up you !!" Sampai di rumah dia bertanya ayahnya, 'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, yea. Dapat dah satu perkataan, kata budak tu.

Lepas mandi dan makan, Aman tengok televisyen cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!" kemudian Aman bertanya ayah dia lagi, "Superman tu bahasa Inggeris jugak ke?" dan ayah dia kata "yes".

Dua perkataan dah, kata Aman. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebutkan buku. Perempuan itu kata "Ladies first !!"

Balik rumah Aman tanya lagi kepada ayahnya dan ayahnya dia menjawab itupun bahasa Inggeris. Berkata Aman "Ah, leganya akhirnya aku dah dapat carik kesemua perkataan B.I tu".

Hari Isnin Aman ke sekolah. Tiba giliran Aman untuk menjawab soalan guru bahasa Inggerisnya..

Cikgu: "Ok Aman, did you get the words?"
Aman: "Yes, teacher"

Cikgu: "Good, what is your first word?"
Aman: "Shut up you!!"

Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are? "
Aman: "Superman !!"

Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Aman: "Ladies First!!"

Labels:

Thursday, December 07, 2006

You Kill My Brother

Labels:

Wednesday, December 06, 2006

Penyelamat Sebenar LRT Tergelincir Di Bandar Sentul















Labels:

Tuesday, December 05, 2006

Tragedi

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah,"

Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan
karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni yea?"
"Iyelah.. maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang ," Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," detik hati Usin.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.

Usin mencelah ke kiri dan kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa itu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks.. cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.. jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Liza, tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa.. kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."
"Ha.. tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia.. " Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan tiba-tiba di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar..

"Ya Allahh,"
jerit Liza dan..

BAAAAAAANNNGGGGG!!!

"Usin.. bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
"Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi.. mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.

Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang wajah Usin tepat-tepat.
"Macam mana dengan isteri Usin mak, Liza?" Ketika Usin mahu mengulangi persoalannya sekali lagi, tiba-tiba..

PAAAAAAANNNGGGGG!!!

Kepala Usin yang botaknya seperti Mawi itu telah disekeh oleh emaknya dengan kuat. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

Berkata emak Usin "banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" Emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.. dan Usin tersengih keseorangan.

Rasanya seperti nak masuk dalam tin biskut!

Labels:

Monday, December 04, 2006

Meaning

Cigarette: A pinch of tobacco rolled in paper with fire at one end & a fool on the other.

Conference: The confusion of one man multiplied by the number present.

Conference Room: A place where everybody talks, nobody listens and everybody disagrees later on.

Committee: Individuals who can do nothing individually and sit to decide that nothing can be done together.

Office: A place where you can relax after your strenuous home life (I like this one).

Yawn: The only time some people ever get to open their mouth.

Compromise: The art of dividing a cake in such a way that everybody believes he got the biggest piece.

Classic: A book which people praise but does not read.

Smile: A curve that can set a lot of things straight.

Etc. : A sign to make others believe that you know more than you actually do.

Experience: The name people give to their mistakes.

Opportunist: A person who starts taking a bath if he accidentally falls into a river.

Miser: A person who lives poor so that he can die rich.

Father: A banker provided by nature.

Criminal: A guy no different from the rest.. except that he got caught.

Boss: Someone who is early when you are late and late when you are early.

Politician: One who shakes your hand before elections and your confidence after.

Doctor: A person who kills your ills by pills and kills you with his bills.

Labels:

Sunday, December 03, 2006

Wasiat Nenek Rokiah

Tersebutlah kisah warga emas, namanya Nenek Rokiah. Dia telah terlantar di hospital kerana sakit jantung. Keadaannya semakin hari semakin teruk. Cucunya, Ani sudah tidak tahu apa ingin dibuat lagi.

Maka pada suatu hari, Ani telah memanggil Pak Din iaitu imam kampungnya untuk membacakan doa bagi mengurangkan sakit yang dialami Nenek Rokiah. Tapi sebaliknya semakin Pak Din membaca, semakin teruk sakit orang tua itu. Sehingga keadaan Nenek Rokiah menjadi terketar-ketar dan termengah-mengah.

Nenek Rokiah dalam keadaan tidak berdaya telah memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Lalu Ani pun memberikan pen dan kertas seperti yang dikehendaki neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Rokiah menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tidak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Rokiah selagi Nenek Rokiah masih ada. Jadi Pak Din pun memasukkan kertas wasiat itu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Rokiah pun meninggal dunia.

Selepas seminggu kematian Nenek Rokiah, Pak Din pun datang ke rumah Ani dengan memanggil kesemua sanak saudara Nenek Rokiah. Tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari Nenek Rokiah.

Pak Din pun berucap menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Rokiah, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itu bersama-sama yang isi utamanya ialah..

"Din, ..kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu"

Labels:

Saturday, December 02, 2006

Kontrol Hensem


Labels:

Friday, December 01, 2006

SAM Dan DOL

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh membawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu tiba-tiba tendang muka aku. Nasib baik tak mati!

——————————————————

SAM: Apasal ko marah kat tokei kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit?!


——————————————————

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. Aku jumpa ia mati dalam air!

——————————————————

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL:
Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah…. hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer..

——————————————————

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL:
Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

——————————————————

SAM: Aku ada AIDS?? Mana ada..
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat negara ni ada AIDS. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu..

——————————————————

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macam nie aku kena banyak berlatih agar dapat batuk yang lebih baik lagi.

——————————————————
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard “SILA DATANG LAGI”

Labels: