~Hari Ini Dalam Catatan Blog Terlampau?~

The Best Search Of Blog About Humour (Daily Update) / Blog Carian Terbaik Mengenai Humor (Dikemaskini Setiap Hari)- www.imoimora.blogspot.com

Wednesday, January 31, 2007

Kerana Cinta Ku Kecewa

Kekasih.. mengapa kita bertemu..

bercinta dan akhirnya berpisah..

pedih rasanya hati tetapi..

ku pasrah dan redha setakat ini jodoh kita. Biarlah.. sekurang-kurangnya ada yang lebih meyayangiku lagi.. iaitu Tuhanku.

P/S: Rangkap lagu ini ada kena sikit-sikit dengan penulis.. ishhh

Labels:

Tuesday, January 30, 2007

Ingin Bertanya

Seorang nenek tua sedang berada di kaunter Stesen Keretapi Taiping.

Lalu dia bertanya kepada si penjual tiket "Nak.. keretapi lalu pukul berapa?".

Penjual tiket itu pun menjawab "Ke KL pukul 9 pagi, Alor Star pukul 2 petang, dan keretapi yang terakhir ke Jitra pada pukul 9 malam nanti".

"Nenek nak beli ke? Nak beli tiket ke mana dan pukul berapa?", soal pula penjual tiket dengan sopan.

Nenek tua pun menjawab dengan perlahan, "Tak.. sebenarnya nenek mahu melintas jer.."

Labels:

Monday, January 29, 2007

Pandu Cermat Kereta Selamat

Labels:

Sunday, January 28, 2007

Anak Saya

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik bersalin sebuah hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak yang pertama.

Sesudah beberapa lama kemudian keluar seorang nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"
"Mungkin satu kebetulan"
kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Seketika itu juga keluar pula nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"
"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". "Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa itu ayah yang ke 4 kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.

Ketiga-tiga ayah itu pun bertanya, "kenapa kamu nampak risau sangat?"

Jawab ayah ke 4,"Saya bekerja di Seven-eleven"

Labels:

Saturday, January 27, 2007

Bayi Berlumut


Bayi ini telah ditemui selepas 2 tahun tsunami berlaku di Pulau Pinang. Lokasi telah dirahsiakan atas faktor-faktor keselamatan penemu bayi ini.

Sumber: Karam Singh Walawei.

Labels: