~Hari Ini Dalam Catatan Blog Terlampau?~

The Best Search Of Blog About Humour (Daily Update) / Blog Carian Terbaik Mengenai Humor (Dikemaskini Setiap Hari)- www.imoimora.blogspot.com

Sunday, February 11, 2007

Lagi.. Lagi.. Dan Lagi..

Seorang ibu sedang mengundurkan kereta, seperti biasa dia bercakap dengan anak kecilnya yang berusia 8 tahun.

"Mak nak undur kereta nie, kalau kena cakap yea.." kata si ibu sambil menoleh ke belakang.
"Ok.." jawab si anak dengan riang.

Si ibu pun mengundurkan keretanya.
"Lagi mak undur lagi" kata si anak.

"Lagi.. lagi" kata si anak.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba "DAMMM!!!".
Kereta yang diundur oleh ibu tersebut melanggar sebatang pokok.

Anak si ibu pun menjerit "Ok! Mak, dah kena!"

Labels:

Thursday, February 08, 2007

Cabut Lari

Sebuah cerita di atas sebuah kapal terbang.

"Ini Kapten Kamal berbicara".

"Seluruh anak kapal kami mengucapkan selamat datang dan selamat menikmati perjalanan anda bersama Hot Airlines nombor penerbangan MH101 dari Kuala Lumpur menuju Australia" .

"Saat ini kita berada pada ketinggian 35000 kaki ke arah timur".

"Jika anda melihat ke luar jendela pada sisi sayap, maka anda akan melihat bahawa kedua-dua enjin sedang mengalami kebakaran".

"Jika anda melihat ke luar jendela arah ke belakang, maka anda melihat bahagian ekor sudah mulai tercabut".

"Jika anda melihat ke bawah ke laut, anda akan melihat perahu kecemasan kecil berwarna kuning dengan tiga orang melambaikan tangan kepada anda".

"Mereka adalah saya iaitu kapten anda, beserta co-pilot dan seorang
pramugari. Terima kasih kerana mendengar rakaman pesanan suara saya.. tuttt".

Labels:

Wednesday, February 07, 2007

Siapa Aku

Semua kaunter pemeriksaan tiket di KLIA penuh dengan penumpang. Semasa sedang check-in, para petugas pula kelihatan sibuk. Di dalam kesesakan itu, tiba-tiba seorang lelaki menuju ke hadapan kaunter B dan menyerahkan tiketnya. Petugas di situ mengerutkan dahi dan menggeleng-gelengkan kepala.

"Encik tak boleh buat macam ni, ramai penumpang lain marah. Orang lain dah lama tunggu" kata petugas kaunter.
"Lama sangat dah setengah jam saya tunggu" jawab lelaki itu.

"Kami telah berusaha untuk melakukan tugas sepantas mungkin. Maaf, encik terpaksa juga beratur di belakang sana" kata petugas kaunter.
"Berani awak kata mcam tu pada saya, awak tahu siapa saya?" sergah lelaki itu sambil bercekak pinggang.

Petugas kaunter menggeling kepala lalu mencapai mikrofon dan membuat pengumuman
"Tuan-tuan dan puan-puan, ada lelaki di hadapan kaunter B yang tidak tahu siapa dirinya. Sesiapa yang mengenalinya hendaklah tampil ke depan. Terima kasih."

Labels:

Monday, February 05, 2007

Mat Rempit Cerdik

Di sebuah pekan, seorang anggota polis telah menahan seorang mat rempit yang telah melakukan kesalahan lalu lintas.

Berkata anggota polis "Adakah kamu tidak nampak lampu merah itu?"
Jawab mat rempit "Nampak encik".

"Jadi kenapa kamu tidak berhenti?!" tanya anggota polis lagi dengan nada separuh marah.
Jawab mat rempit tenang "Sebab saya tidak nampak encik".

Labels:

Saturday, February 03, 2007

Salah Faham

Ada sorang makcik Kelantan. Dia telah datang ke HKL untuk mencari saudaranya yang eksiden.
Sampai di HKL dia pun bertanya kepada sorang nurse di situ dalam loghat Kelantan.
"Nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase".

Nurse tu selamba jer jawab
"Wad kencing masam takde mak cik tapi kalau wad kencing manis ada la".

Labels:

Thursday, February 01, 2007

Syair Si Pari-Pari

Al-kisah seorang koboi pulang dari sebuah kota dengan menunggang kudanya melewati gurun. Dia dikejutkan oleh seekor ular yang menghalang jalannya, lalu si koboy turun dengan pisau ditangannya.

Ketika ditangkap ular itu untuk dibunuh si ular berkata,

Si ular : "Jangan bunuh saya, saya adalah seekor pari-pari".
Si koboy terkejut dan masih ragu lalu bertanya,

Si koboy : "Jika kamu pari-pari apa yang saya minta akan dikabulkan kah?" tanya si koboy.
Si ular : "Ya.. jika kamu tidak percaya lepaskan saya dahulu dan saya akan tunaikan apa sahaja permintaan kamu wahai koboy?" kata si ular.

Si koboy pun melepaskan si ular itu, lalu koboi berkata.

Si koboy : "Saya mempunyai 3 (tiga) permintaan iaitu yg pertama, saya mahu wajah saya hensem seperti Lionardo Dikopiko, yang kedua badan saya setegap Arnold dan yang ketiga "anu" saya hendaklah sebesar kuda yang saya tunggangi itu" sambil menunjukkan jari ke kudanya.

Si ular berkata dengan tenang :"Wahai koboi permintaan kamu itu tidaklah sesukar mana. Esok kamu boleh lihat dicermin apa yang terjadi. Jika tidak ada apa-apa lagi saya pergi dulu yea?" kata si ular sambil memasuki semak-samun dan menghilang.

Lalu si koboy itu pun menaiki kudanya lalu meneruskan perjalanan menuju rumah. Hari sudah lewat ketika sampai di rumah si koboy hanya mampu berdiri di depan cermin dan berkata "Besok kalau tidak ada perubahan siaplah!". "Aku cari kau dan potong kepalamu wahai si pari-pari!" sambil berjalan koboi pun masuk ke bilik dan "Z z Z z " ketiduran.

Keesokan harinya si koboy bangun pagi-pagi dan terus menuju ke cermin dan apa yang terjadi membuatkan si koboy terkejut babun dan gembira.

Dilihatnya wajahnya mirip Lionardo Dikopiko dengan senyum bangga lalu dia membuka baju melihat badannya sudah berubah dengan otot yang menonjol. Si Koboi memperagakannya ala gaya-gaya bodybuilder kemudian dia membuka seluarnya dan dia terkejut triple babun sekali dan berteriak: "Tidak-tidak! Ini tidak mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".

Ternyata dia lupa, dan baru teringat bahawa kuda yang ditungganginya semalam itu adalah KUDA BETINA!!!.

Labels:

Tuesday, January 30, 2007

Ingin Bertanya

Seorang nenek tua sedang berada di kaunter Stesen Keretapi Taiping.

Lalu dia bertanya kepada si penjual tiket "Nak.. keretapi lalu pukul berapa?".

Penjual tiket itu pun menjawab "Ke KL pukul 9 pagi, Alor Star pukul 2 petang, dan keretapi yang terakhir ke Jitra pada pukul 9 malam nanti".

"Nenek nak beli ke? Nak beli tiket ke mana dan pukul berapa?", soal pula penjual tiket dengan sopan.

Nenek tua pun menjawab dengan perlahan, "Tak.. sebenarnya nenek mahu melintas jer.."

Labels:

Sunday, January 28, 2007

Anak Saya

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik bersalin sebuah hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak yang pertama.

Sesudah beberapa lama kemudian keluar seorang nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"
"Mungkin satu kebetulan"
kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Seketika itu juga keluar pula nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"
"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". "Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa itu ayah yang ke 4 kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.

Ketiga-tiga ayah itu pun bertanya, "kenapa kamu nampak risau sangat?"

Jawab ayah ke 4,"Saya bekerja di Seven-eleven"

Labels:

Saturday, December 30, 2006

Pandainya

Seorang guru bahasa inggeris sedang menyoal Abu.

Guru: If the young of a pig called piglet, what is the
young of a bull called?

Abu: A bullet!

Labels:

Thursday, December 28, 2006

Fakta- Fakti

FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang

Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.

FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu

Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Polis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

FAKTA 3: Keris Taming Sari

Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York

Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

FAKTA 5: Taliban

TalibanTaliban Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

Labels:

Tuesday, December 26, 2006

Orang Gila-Gila

Ada dua pesakit yang dirawat di rumah sakit jiwa sedang menyusun rancangan untuk melarikan diri. Mereka merancang untuk menggunakan tangga yang akan diletakkan di pintu pagar rumah sakit jiwa tersebut. Rancangan itu telah disusun dengan teliti sekali. Sebelum melarikan diri, diutuslah orang gila pertama untuk melihat situasi di depan. Kemudian dia melaporkan pada orang gila kedua.

Gila 1 : "Aduh, habis rancangan kita pasti gagal"
Gila 2 : "Kenapa? Apakah pintu keluar dijaga ketat ?"

Gila 1 : "Tidak, sama sekali tidak ada penjaga pun"
Gila 2 : "Jadi apa masalahnya?'

Gila 1 : "Masalahnya pintu tak ada. Dimana kita akan
meletakkan tangganya ?"

Labels:

Sunday, December 24, 2006

Anak Sape La tu

Seorang anak kecil berlari masuk ke ruang tamu pada
ketika mama dan papanya sedang menjamu rakan-rakannya.

"Mama!!" teriaknya, "Saya ingin kencing."
Si mama membawa si anak ke bilik mandi dan berkata,

"Boboy, lain kali kalau kamu hendak ke bilik air utk
kencing maka katakanlah,
'Mama, saya mahu berbisik.' Itu lebih sopan,faham?"

"Baik mama.." kata si anak.

Beberapa malam kemudian, si anak terbangun dan berasa hendak kencing. Dia masuk ke kamar papa dan mamanya lalu mendekati mamanya yang sedang tertidur lelap.

"Mama, saya mahu berbisik," katanya sambil menggoncang-goncang tubuh mamanya.
Dengan malas dan mengantuk, mamanya yang masih setengah tidur berkata ,

"Aduh Boboy.., kamu selalu mengganggu mama. Kalau mahu
berbisik, pergilah berbisik di telinga Papa di sana.."

Labels:

Friday, December 22, 2006

Baiknya Hati

Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

" Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang manja.

" Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.

" Baguslah , " kata janda itu pula.

" Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara.."

Labels:

Wednesday, December 20, 2006

Sayang

Kamal diundang kawannya makan malam.
Mizal, si tuan
rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang...
Manis... Cintaku... Sayangku...
Kasihku... dan seumpamanya.


Kamal memandang Mizal dan
berkata,"Romantis sekali, setelah berpuluh tahun
menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata
itu."


Mizal mengangkat bahu dan berbisik,"Sebenarnya,
aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

Labels:

Monday, December 18, 2006

Tangguh Lagi

Alex mengeluh kepada Robet kerana dia tidak dapat menghilangkan kebiasaan buruknya iaitu suka menangguh sesuatu pekerjaan.

Robet memberikan sebuah solusi dengan menunjukkan buku yang berjudul "BAGAIMANA SUPAYA ANDA TIDAK MENUNDA LAGI".

Alex mengambil buku itu lalu berkata "Baiklah, akan kubaca buku ini di lain masa."

Labels:

Saturday, December 16, 2006

Jangan Terlalu Yakin

Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu."

"Jangan terlalu yakin," kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya.
"Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!"

Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?"

Labels:

Thursday, December 14, 2006

Anjing

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang.

Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang mencukupi. Maka anjing A pun berlatih berhabis-habisan tetapi sebaliknya anjing B bersantai sahaja.

Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A, sempat lepak makan-makan lagi.

Anjing A yang tidak berpuas hati bertanya kepada anjing B
"Eh.. camner kau yang tak berlatih nie lebih cepat sampai dari aku?"

Kata anjing B dengan berhemah
"Rileks la, aku ni kan anjing laut."

Labels:

Tuesday, December 12, 2006

S.O.S

Pesawat Garuda Air Lines sedang mengalami gangguan enjin di
udara.

"May day, may day, may day...!!," terdengar
juruterbang memancarkan S.O.S melalui radio.

"Pesanan anda didengari jelas, harap beritahu kami tinggi dan posisi anda dengan segera!!," kata petugas dek menara
pengawas dalam keadaan cemas.

"Ya, baik," jawab juruterbang itu. Saya tinggi 1.8 cm
dan saya duduk di kerusi yang paling depan!"

Labels:

Sunday, December 10, 2006

Professor

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor “Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa.”

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal. Setelah professor menghabiskan kuliahnya professor berkata,

“Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya.”

“Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan” balas orang itu.

Labels:

Friday, December 08, 2006

Aman

Ada sorang guru wanita yang mengajar bahasa Inggeris untuk tahun satu. Beliau telah memberi satu kerja rumah kepada anak muridnya mencari tiga perkataan dalam bahasaInggeris dan kemudian mengemukakan pada hari isnin minggu depan.

Seorang anak murid cikgu itu, Aman pun pulang ke rumah. Dalam perjalanan balik, dia ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit antara satu sama lain.

Dia terdengar lelaki itu menyergah "Shut up you !!" Sampai di rumah dia bertanya ayahnya, 'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, yea. Dapat dah satu perkataan, kata budak tu.

Lepas mandi dan makan, Aman tengok televisyen cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!" kemudian Aman bertanya ayah dia lagi, "Superman tu bahasa Inggeris jugak ke?" dan ayah dia kata "yes".

Dua perkataan dah, kata Aman. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebutkan buku. Perempuan itu kata "Ladies first !!"

Balik rumah Aman tanya lagi kepada ayahnya dan ayahnya dia menjawab itupun bahasa Inggeris. Berkata Aman "Ah, leganya akhirnya aku dah dapat carik kesemua perkataan B.I tu".

Hari Isnin Aman ke sekolah. Tiba giliran Aman untuk menjawab soalan guru bahasa Inggerisnya..

Cikgu: "Ok Aman, did you get the words?"
Aman: "Yes, teacher"

Cikgu: "Good, what is your first word?"
Aman: "Shut up you!!"

Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are? "
Aman: "Superman !!"

Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Aman: "Ladies First!!"

Labels: