~Hari Ini Dalam Catatan Blog Terlampau?~

The Best Search Of Blog About Humour (Daily Update) / Blog Carian Terbaik Mengenai Humor (Dikemaskini Setiap Hari)- www.imoimora.blogspot.com

Tuesday, February 13, 2007

PENGUMUMAN!!!

Perhatian kepada semua pelawat. Saya telah berpindah kepada blog berbayar pada hari ini. Sila lawati blog terbaru saya di www.imoimora.com. Tetapi blog saya kali ini bukan mengenai genre humor tetapi mengenai??? He2.. nak tahu lebih lanjut lawatilah segera www.imoimora.com.
Jadi kepada sahabat yang telah menglink kepada blog ini anda bolehlah edit alih kepada www.imoimora.com. Kepada semua pelawat pula terima kasih kerana memberi sokongan dengan melawati blog saya.
Ish2.. sedih nak tinggalkan blog nie tapi saya terpaksa untuk tumpukan perhatian kepada blog terbaru saya. Lagipun tujuan saya membuat blog ini adalah untuk mengetahui asas-asas blogger.
Terima kasih sekali lagi kepada anda semua. Jumpa saya di www.imoimora.com. :)
P/S: Anda juga dapat melihat wajah sebenar saya di sana (macam Amuk la pulak)

Labels:

Monday, February 12, 2007

McDonald Di Bulan

*klik pada gambar untuk proses fotosintesis

Bagus betul Mc Donald. Ada juga cawangan kat bulan.

Labels:

Sunday, February 11, 2007

Lagi.. Lagi.. Dan Lagi..

Seorang ibu sedang mengundurkan kereta, seperti biasa dia bercakap dengan anak kecilnya yang berusia 8 tahun.

"Mak nak undur kereta nie, kalau kena cakap yea.." kata si ibu sambil menoleh ke belakang.
"Ok.." jawab si anak dengan riang.

Si ibu pun mengundurkan keretanya.
"Lagi mak undur lagi" kata si anak.

"Lagi.. lagi" kata si anak.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba "DAMMM!!!".
Kereta yang diundur oleh ibu tersebut melanggar sebatang pokok.

Anak si ibu pun menjerit "Ok! Mak, dah kena!"

Labels:

Saturday, February 10, 2007

Tapak Kaki Haus

Labels:

Thursday, February 08, 2007

Cabut Lari

Sebuah cerita di atas sebuah kapal terbang.

"Ini Kapten Kamal berbicara".

"Seluruh anak kapal kami mengucapkan selamat datang dan selamat menikmati perjalanan anda bersama Hot Airlines nombor penerbangan MH101 dari Kuala Lumpur menuju Australia" .

"Saat ini kita berada pada ketinggian 35000 kaki ke arah timur".

"Jika anda melihat ke luar jendela pada sisi sayap, maka anda akan melihat bahawa kedua-dua enjin sedang mengalami kebakaran".

"Jika anda melihat ke luar jendela arah ke belakang, maka anda melihat bahagian ekor sudah mulai tercabut".

"Jika anda melihat ke bawah ke laut, anda akan melihat perahu kecemasan kecil berwarna kuning dengan tiga orang melambaikan tangan kepada anda".

"Mereka adalah saya iaitu kapten anda, beserta co-pilot dan seorang
pramugari. Terima kasih kerana mendengar rakaman pesanan suara saya.. tuttt".

Labels:

Need For Speed

Labels:

Wednesday, February 07, 2007

Siapa Aku

Semua kaunter pemeriksaan tiket di KLIA penuh dengan penumpang. Semasa sedang check-in, para petugas pula kelihatan sibuk. Di dalam kesesakan itu, tiba-tiba seorang lelaki menuju ke hadapan kaunter B dan menyerahkan tiketnya. Petugas di situ mengerutkan dahi dan menggeleng-gelengkan kepala.

"Encik tak boleh buat macam ni, ramai penumpang lain marah. Orang lain dah lama tunggu" kata petugas kaunter.
"Lama sangat dah setengah jam saya tunggu" jawab lelaki itu.

"Kami telah berusaha untuk melakukan tugas sepantas mungkin. Maaf, encik terpaksa juga beratur di belakang sana" kata petugas kaunter.
"Berani awak kata mcam tu pada saya, awak tahu siapa saya?" sergah lelaki itu sambil bercekak pinggang.

Petugas kaunter menggeling kepala lalu mencapai mikrofon dan membuat pengumuman
"Tuan-tuan dan puan-puan, ada lelaki di hadapan kaunter B yang tidak tahu siapa dirinya. Sesiapa yang mengenalinya hendaklah tampil ke depan. Terima kasih."

Labels:

Tuesday, February 06, 2007

Bill Gates?

*klik pada gambar untuk proses fotosintesis

Gambar lama ini diambil ketika beliau melakukan kesalahan jalan raya di Amerika sebelum beliau menjadi orang paling kaya dan berkuasa di dunia. Tak percaya? Percayalah!

Labels:

Monday, February 05, 2007

Mat Rempit Cerdik

Di sebuah pekan, seorang anggota polis telah menahan seorang mat rempit yang telah melakukan kesalahan lalu lintas.

Berkata anggota polis "Adakah kamu tidak nampak lampu merah itu?"
Jawab mat rempit "Nampak encik".

"Jadi kenapa kamu tidak berhenti?!" tanya anggota polis lagi dengan nada separuh marah.
Jawab mat rempit tenang "Sebab saya tidak nampak encik".

Labels:

Sunday, February 04, 2007

Michael Jackson?

*Klik pada gambar untuk proses fotosintesis

Terasa popular diri saya bila diadd oleh Michael Jackson di MySpace tempoh hari. Auwww...!!!

Labels:

Saturday, February 03, 2007

Salah Faham

Ada sorang makcik Kelantan. Dia telah datang ke HKL untuk mencari saudaranya yang eksiden.
Sampai di HKL dia pun bertanya kepada sorang nurse di situ dalam loghat Kelantan.
"Nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase".

Nurse tu selamba jer jawab
"Wad kencing masam takde mak cik tapi kalau wad kencing manis ada la".

Labels:

Friday, February 02, 2007

Sebab-Sebab Bebal

Labels:

Thursday, February 01, 2007

Syair Si Pari-Pari

Al-kisah seorang koboi pulang dari sebuah kota dengan menunggang kudanya melewati gurun. Dia dikejutkan oleh seekor ular yang menghalang jalannya, lalu si koboy turun dengan pisau ditangannya.

Ketika ditangkap ular itu untuk dibunuh si ular berkata,

Si ular : "Jangan bunuh saya, saya adalah seekor pari-pari".
Si koboy terkejut dan masih ragu lalu bertanya,

Si koboy : "Jika kamu pari-pari apa yang saya minta akan dikabulkan kah?" tanya si koboy.
Si ular : "Ya.. jika kamu tidak percaya lepaskan saya dahulu dan saya akan tunaikan apa sahaja permintaan kamu wahai koboy?" kata si ular.

Si koboy pun melepaskan si ular itu, lalu koboi berkata.

Si koboy : "Saya mempunyai 3 (tiga) permintaan iaitu yg pertama, saya mahu wajah saya hensem seperti Lionardo Dikopiko, yang kedua badan saya setegap Arnold dan yang ketiga "anu" saya hendaklah sebesar kuda yang saya tunggangi itu" sambil menunjukkan jari ke kudanya.

Si ular berkata dengan tenang :"Wahai koboi permintaan kamu itu tidaklah sesukar mana. Esok kamu boleh lihat dicermin apa yang terjadi. Jika tidak ada apa-apa lagi saya pergi dulu yea?" kata si ular sambil memasuki semak-samun dan menghilang.

Lalu si koboy itu pun menaiki kudanya lalu meneruskan perjalanan menuju rumah. Hari sudah lewat ketika sampai di rumah si koboy hanya mampu berdiri di depan cermin dan berkata "Besok kalau tidak ada perubahan siaplah!". "Aku cari kau dan potong kepalamu wahai si pari-pari!" sambil berjalan koboi pun masuk ke bilik dan "Z z Z z " ketiduran.

Keesokan harinya si koboy bangun pagi-pagi dan terus menuju ke cermin dan apa yang terjadi membuatkan si koboy terkejut babun dan gembira.

Dilihatnya wajahnya mirip Lionardo Dikopiko dengan senyum bangga lalu dia membuka baju melihat badannya sudah berubah dengan otot yang menonjol. Si Koboi memperagakannya ala gaya-gaya bodybuilder kemudian dia membuka seluarnya dan dia terkejut triple babun sekali dan berteriak: "Tidak-tidak! Ini tidak mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".

Ternyata dia lupa, dan baru teringat bahawa kuda yang ditungganginya semalam itu adalah KUDA BETINA!!!.

Labels: