~Hari Ini Dalam Catatan Blog Terlampau?~

The Best Search Of Blog About Humour (Daily Update) / Blog Carian Terbaik Mengenai Humor (Dikemaskini Setiap Hari)- www.imoimora.blogspot.com

Friday, December 01, 2006

SAM Dan DOL

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh membawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu tiba-tiba tendang muka aku. Nasib baik tak mati!

——————————————————

SAM: Apasal ko marah kat tokei kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit?!


——————————————————

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. Aku jumpa ia mati dalam air!

——————————————————

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL:
Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah…. hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer..

——————————————————

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL:
Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

——————————————————

SAM: Aku ada AIDS?? Mana ada..
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat negara ni ada AIDS. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu..

——————————————————

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macam nie aku kena banyak berlatih agar dapat batuk yang lebih baik lagi.

——————————————————
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard “SILA DATANG LAGI”

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home