~Hari Ini Dalam Catatan Blog Terlampau?~
The Best Search Of Blog About Humour (Daily Update) / Blog Carian Terbaik Mengenai Humor (Dikemaskini Setiap Hari)- www.imoimora.blogspot.com
Thursday, November 30, 2006
Wednesday, November 29, 2006
Surat Untuk Staff
Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2007, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-
a. PENGANGKUTAN:
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN:
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad..
c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
d. CUTI SAKIT:
Mulai 2007 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2007 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.
Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum ’staff sembelit’.
f. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET :
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista, dan umpatan boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.
SAVE BAJET DEPARTMENT
Labels: Lawak BM
Tuesday, November 28, 2006
Monday, November 27, 2006
Sunday, November 26, 2006
Sayang Salmah
Salmah: Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah: Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu: Ok.. ok.., er.. boleh saya tahu siapa yang sedang bercakap?
Salmah: Emak saya..
Labels: Lawak BM
Saturday, November 25, 2006
My Teacher
JOHN : You told me to do it without using tables.
____________________________________
TEACHER : Glenn, how do you spell "crocodile?"
GLENN : K-R-O-K-O-D-I-A-L"
TEACHER : No, that's wrong
GLENN : Maybe it is wrong, but you asked me how I spell it.
____________________________________
TEACHER : Donald, what is the chemical formula for water?
DONALD : H I J K L M N O.
TEACHER : What are you talking about?
DONALD : Yesterday you said it's H to O.
Labels: English Joke
Friday, November 24, 2006
Berhati-hati

Labels: Gambar Berlawak
Thursday, November 23, 2006
Mistake
If a driver makes a mistake, It is an accident...
If a doctor makes a mistake, It's an operation...
If a engineer makes a mistake, It is a new venture...
If parents makes a mistake, It is a new generation...
If a politician makes a mistake, It is a new law...
If a scientist makes a mistake, It is a new invention...
If a tailor makes a mistake, It is a new fashion...
If a teacher makes a mistake, It is a new theory...
If our boss makes a mistake, It is our mistake...
BUT
If an employee makes a mistake, it is a "MISTAKE"
Labels: English Joke
Wednesday, November 22, 2006
Tuesday, November 21, 2006
Nasib Seorang Lelaki

Perempuan akan cakap: woow, cool giler..
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus..
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.. muka pun macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia..
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat..
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:.. (terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus.. penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi..
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching.. hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?
kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu..
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
P/S: Kaum Hawa sila jawab..
Labels: Gambar Berlawak
Monday, November 20, 2006
Dah Benci Kot

Berita Hairan: 30 Julai 2006.
K ontroversi yang melanda filem Dah Benci Kot bertambah kontroversi sehingga tidak terkawal apabila pengarah filem itu Azizi M. Seman terpaksa menangguhkan tayangannya kelmarin di seluruh negara apabila beliau mendapati filem itu 'tidak berapa hangat' dan perlu 'dipanjangkan' lagi jalan ceritanya.
Kata beliau "saya tidak tahu sama ada tindakan saya ini bakal mendatangkan kontroversi lagi kerana apa sahaja yang saya buat pasti dianggap kontroversi.. saya dah tak kisah sekarang kerana Aiman juga tidak kisahkan? Saya tetap akan menayangkannya apabila mendapat 'kepuasan atau feel' yang saya hendaki". Kenyataan pertama yang dikeluarkan kepada wartawan yang menemuinya berselindung di sebuah chalet di pinggir sebuah kampung Hulu Selangor.
Filem ini hangat kerana pengarahnya mengambil pelakon yang mirip mukanya seakan Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah. Disamping itu ia dihangatkan lagi dengan isu semasa antara tokoh politik berkenaan.
Juga bertambah-tambah hangat lagi apabila pengkritik-pengkritik filem mengkritik mengatakan bahawa filem itu seperti meniru filem Da Vince Code.
SUMBER: TIDAK ADA NAMA.
Labels: Gambar Berlawak
Sunday, November 19, 2006
Pecah Panggung 2007
Filem terbaru yang 'dijangka' meletup pada tahun 2007. Nantikan..
Labels: Gambar Berlawak
Saturday, November 18, 2006
'Barang' Yang Berharga
Hakim: Kenapa kamu mencuri motosikal gadis itu.
Pemuda: Mana ada saya mencuri tuan hakim.
Hakim: Habis kalau bukan mencuri apa namanya..motosikal tu ada bersama kamu ketika ditahan? Baik kamu ckp betul-betul.
Pemuda: Ok saya cerita.. gadis itu adalah kawan rapat saya. Ketika kami sama-sama balik dari bandar menaiki motosikal gadis itu. Gadis itu tiba-tiba telah menyuruh saya berhenti di tepi jalan berhampiran semak di kebun getah..
Hakim: Teruskan.
Pemuda: Kemudian gadis itu telah melucutkan pakaiannya satu persatu dan berkata kepada saya ambillah 'barang' yang berharga dari dia. Saya pun tgk baju dengan seluar jeans dia mmg tak muat jadi saya ambik MOTOSIKAL dia!
Moral: Jangan kawan ngan budak pompuan seperti pemuda di atas.
Labels: Lawak BM
Friday, November 17, 2006
Akan Datang

Side A
1)Biarlah Berusia
2)Cintaku Memang Di Atas Kertas (RM)
3)Siti Situ Datuk K Sini
4)Siti Tak Kesah
5)Ku Milikmu Datuk K
6)Kuda Tua Ku Lari Gagah Berani
7)Misaimu Milikku
8)Kau Misaiku
Side B
9) Biar Pecah Rahsia
10)Wajah KeKhalid
11)Hati Khalid
12)Bukan Cinta Fazley
13)Bisikan Abang Asmara
(Lagu ini kena reject)
14)Satu Cinta Dua Usia
15)Demi Kasih sayang
(Kat Anak-Anak Mu)
Labels: Lawak Siti Nurhaliza
Thursday, November 16, 2006
EKSKLUSIF: Komen-komen Orang Ternama Terhadap Perkahwinan Siti Nurhaliza Dan Dato K Yang Tidak Disiarkan
Rosyam Nor:
"Saya minta maaf banyak-banyak pada Siti kerana tak dapat menghadiri jemputan Siti sebab RTM dah bagi tawaran lumayan untuk jadi hos
rancangan MAWI-INA. Walau apa pun saya doakan semoga Siti berbahagia. Next time kalau Siti nak bersalin ke, nak bercerai ke dan teringin masuk TV, jemputlah saya untuk jadi hos"
Datuk Yusof Haslam:
"Saya rasa gembira melihat majlis perkahwinan ini dan mendoakan semoga dua mempelai berbahagia. Walaupun Siti tak pernah berlakon dalam filem arahan saya, tapi saya ingin buat filem mengisahkan percintaan Siti dan Datuk K. Saya rasa A.Galak yang jugak bermisai tebal dan berusia sesuai untuk watak Datuk K"
Datuk Sharifah Aini:
"Walaupun dia tak jemput Kak Pah, Kak Pah tetap menonton TV malam tu. Terima kasih TV3. Kak Pah doakan Siti akan berbahagia dan cepat dapat anak dan cepat jadi gemuk lepas tu. Kalau boleh segemuk Kak Pah"
Ella:
"Siti dah selamat. El belum ada jodoh. Mungkin lepas ni El akan belajar dari Siti cara pikat Datuk"
Mawi:
"Saya jugak minta maap pada Siti sebab tak dapat hadir malam tu. Bukan niat saya untuk 'potong line' tapi saya dibayar untuk berlakon apa yang patut. Sudah rezeki saya. Tapi apa apa pun harap Siti terus gembira dengan suaminya. Selamat pengantin baru"
Ina (Tunang Mawi):
"Jaga mak. Jaga mak. Jaga mak"
Aznil:
"Selamat berbahagia Siti. Saye tak dapat hadir. Astro ugut nak pecat saye kalau saye tak nak jadi hos untuk MAWI-INA. Minta maap Siti. Lagipun saye tak berduit sebab AF dah habis. So kena la buat duit sikit"
Pak Lah:
"Saya suka erti disebalik jumlah mas kahwin dan duit hantaran. Ia melambangkan Islam Hadhari. Tahniah untuk Siti"
Sammy Vellu:
"Saye hingin mengucapken Selamat Pengantin Baru kepade mereke. Tol tidak akan dinaikkan. Siti boleh selalu balik kampung di Kuale Lipis"
Syarifah Amani:
"I will look stupid if I wear kurung Melayu"
Karam Singh Walia:
"Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua, tidak semestinya sama rata, datuk pilih si ayam dara, siti mendapat si ayam tua"
Muhammad Aazif (anak Datuk K):
"Kalau dulu bila sambut Mother's Day kami akan nyanyikan lagu ibu untuk mummy. Tapi bila Father's Day tak de pun lagu untuk kaum bapa, ade pun satu jer tapi tak sesuai utk papa. But this time we all boleh nyanyikan lagu tu?.. "Ayahku Kahwin Lagi"
Labels: Lawak Siti Nurhaliza